Thursday, August 30, 2012

Dream Guy

morning people..

aku rasa semua org ada dream partner masing2 kan..x kira lelaki ke perempuan..semua ada..kalau yg lelaki tu byk nak yg rambut panjang, putih kelepak, badan mcm megan fox & etc..tapi semua2 ni sgt subjektif..hmmm

sebenarnya aku nak elaborate sket spek2 lelaki yg aku suka..i wrote the list in my blog last january..tapi general je..xde justification..bukan aku x percaya jodoh tu di tangan tuhan..percaya..tapi..aku kan GIA..mestilah macam2 sikit..huhu..yang kat bawah ni sikit je..sebenarnya banyak lagi..tp yg ni yg penting2 je.. 

FUNNY 
sape yg kenal aku mesti tau aku suka ketawa, aku suka tgk Raja Lawak & aku suka tgk variety show dari korea yg boleh tahan dia dorg punya sengal.. pada aku la..kadang2 perempuan ni stress kerja, stress dgn kawan..stress dgn family and etc..masa ni la kita nak share dgn the-other-half..sebab x semua benda kita boleh cerita dgn org..btol x?pada aku la..aku x expect lelaki tu selesaikan problem tu pun..cuma nak dia dengar, borak dgn kita, bg response & selit sikit lawak2 bangang untuk bagi ceria sikit keadaan..dah kalau kita stress, lelaki tu pun senyapppppppp je..aku rasa baik cakap dgn makcik cleaner opis aku..FUNNY GUY di sini bukan bermakna dia kena buat lawak 24-7..kalau timing x btol mau kena makan kaki..hahahaha =)

STABLE,RESPONSIBLE,RAJIN KEJE 
stable ni penting untuk masa depan..sebab masa depan tu belum tentu menjanjikan syurga..pada aku..lelaki ni kena stable dari segi keje & financial. aku rasa benda ni PALING2 penting..setakat ni aku ada bf..kebanyakkannya x stable..da r keje tukar2 plak tu..taun pertama..kedua..ok lagi la..masa tu tgh bunga2 cinta lagi..masuk tahun ke 5..aku rasa mmg da kena let go mamat ni..bukan ape..nak kena tanggung makan pakai aku..nak hantar anak p skolah lagi..nak beli susu anak lagi..habis tu xkan aku yg nak kena tanggung semua??NO WAYYY!!!aku nak kena p spa tiap bulan, nak kena beli barang kat ikea lagi..nak kena shopping beli baju etc..duit aku keje..untuk aku, mak aku dgn anak2 je..kalau aku nak bagi pon..bila aku rasa nak bagi..aku bukan ape..dah banyak contoh kat keliling aku..byk lelaki yg hopeless makan duit bini..dah r pow duit bini..lepas tu p berskandal kat belakang bini..mcm pundek dorg2 ni..ape guna telur 2 bijik bro..setakat nak supply sperma..baik x yah..stable x bermakna kaya-raya..at least ada keje stable..boleh bg anak bini tempat tinggal yg selesa, x berlapar..dah cukup..aku alergic tgk lelaki pemalas..life partner x boleh pemalas & berkira..kena rajin tolong bini..kena rajin support bini..kena rajin buat bini happy..baru rumah tangga aman bahagia gituhhhh

BERSIH & WANGI 
owh..ini penting jugak..x boleh terima lelaki yg x boleh jaga kebersihan..x turn on langsung..mulut busuk..ketiak busuk..jeans 9 bulan 10 hari x basuh..euww..mesti kena BERSIH & WANGI..x payah la nak wangi sampai sebotol perfume kau sembur..light2 sudah..bau sabun pun ok..at least aku tau dia dah mandi.. 

BUKAN MUKA MAT REMPIT & BUKAN MUKA GATAL RASA NAK SEPAK LAJU2 
tang muka tu..aku suka yg jambu2..yg nampak baik..yg soothing..sbb aku nak kena hadap hari2..xde r nak cari yg hensem gila babi..lainla kalau aku ni Miranda Kerr..boleh la aku demand sikit..kalau yg muka mcm perogol bersiri tu aku seram kot nak tgk..aku rasa kalau dia buat percubaan nak chatting ke ape pun aku da buat2 offline..takut mak uols! 

X CAKAP GARANG2 
aku suka lelaki yg soft spoken, penyabar , tenang & yg sewaktu dengannya..mungkin aku ni jarang kena marah..jadi kalau kena marah dgn lelaki aku rasa takut..hahahaha..hassim jarang marah aku..xkan korang plak nak marah aku kan..bukan bermakna aku ni x boleh ditegur langsung..boleh..dgn cara yg lembut je..bagi reason ape yg aku buat salah..cakap dgn tenang..for eg.."syg..x boleh la buat mcm tu..x baik"..ni kalau kau main tengking2..mmg perang mulut la jawab dia

COOL 
pada aku lelaki yg cool, yg sentiasa support kita buat ape yg kita suka..kalau macam aku..benda2 yg aku suka bukan melibatkan jenayah pun..I LOVE MUSIC..I LOVE MUSIC!!!!so ok la..yang suka muzik tu mcm dapat jackpot la aku!!aku suka lelaki yg suka music..yg pandai main instrument..aku rasa mcm sexy..kalau dapat yg pandai buat lagu, nyanyi, main instrument mcm yonghwa tu bonus!!hmm..yonghwa ni pun antara ideal partner aku..hahaha
   



BAIK, SWEET & LOYAL 

INI PENTING!!PALING PENTING!sbb kalau lelaki tu baik..aku mesti boleh bg komitmen sepenuhnya kat dia..dah x tengok lelaki lain..ini serius!.. 

antara contoh ideal guy yg memenuhi citarasa aku: KIM HYUN JOONG (TERCINTA)  

dah r hensem, perangai peliks, pandai dance, pandai nyanyi, pandai main instrumen, ada ferrari, ada banglo sebijik, ada restoren ayam goreng & byk lagi buat aku rasa angau..he's cool in his own way..nak ikutkan..bersepah lagi lelaki yg hensem..tp aku suka perangai dia ni..biarla org nak kata dia buat plastic surgery ke ape..aku x kesah pun..bukan pakai duit aku pun..at least sedap la aku nak tgk hari2..HAHAHHAHAHA 

sebagai konklusinya,aku mungkin akan jadi andartu & kawen dalam mimpi je..sebab setakat ni x jumpa yg rasa "owh..i wanna spend my life forever with u"..xde jumpa lagi.. xpe kot..mok yong aku steady je x kawen..

tu je la cerita hari ni..

Wednesday, August 22, 2012

CREDIT TO AZLI DESIGN

TIP - 5 : Formula Kira Kos Anggaran Kasar Rumah Banglo Idaman Anda

Formula Asas Kiraan Kos Anggaran Kasar Rumah Banglo Idaman, bagaimana caranya?

1. Tentukan keluasan rumah banglo yang anda ingin bina.

Contoh 1 : 40' (lebar) x 50'(panjang) = 2, 000kp (kaki persegi). 


2. Harga pasaran atau kawasan tempat anda untuk bina banglo dalam 1 kaki persegi. Biasa untuk bina banglo anggaran kos bina sekaki minima RM80/100 ke atas :
a) RM80-100/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah teres.
b) RM100-120/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah semi-d.
c) RM 120-150/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah banglo biasa.
d) RM 150/kp ke atas harga untuk banglo mewah.


3. Formula kira kos anggaran rumah banglo :
(Luas kasar binaan rumah banglo) x (harga rm/kp) = Kos anggaran

Contoh 1 : 2, 000kp (luas kasar banglo = 40'x50') x RM80/kp (harga sekaki) = RM 160, 000.00 Contoh 2 : 2, 400kp (luas kasar banglo = 40'x60') x RM100/kp (harga sekaki) = RM 240, 000.00 


4. Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut :

  • Lokasi banglo di bina (di kampung atau di bandar). 
  • Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian banglo (kos 1 tingkat lebih murah daripada 2 tingkat banglo dengan kemasan dan keluasan yang sama). 
  • Rekabentuk pelan dan fasad atau tampak(4 tampak) serta rekabentuk bumbungnya. 
  • Tanah rata atau cerun. 
  • Kontraktor yang dipilih. 



Bagi mendapatkan harga kos anggaran yang lebih tepat, anda dinasihatkan mendapatkan kos anggaran daripada 3 kontraktor berdasarkan pelan rekabentuk rumah banglo idaman anda.

Tuesday, August 14, 2012

Cost of Living in South Korea

Ada pernah rasa nak kena hujan batu kat negara org x? *angkat tangan*

aku lately rasa mcm nak p merasa hujan batu la..bukan ape..rasa boring la asyik rasa hujan emas..x kaya2 jugak..boring dgn environment..rasa mcm plain je kehidupan..disebabkan boring, da 2-3 bulan aku fikir nak buat sthg yg lagi thrill tapi masih lagi selari dgn misi kehidupan yg dah lama di set kan..disebabkan bosan dgn kehidupan, aku tgk korean variety shows & drama korea yg berjela2 panjang nya..disebabkan bosan dgn kehidupan, aku rasa mcm nak duduk kat korea.

KENAPA KOREA??kenapa x negara2 lain mcm OZ,UK ke US?

SEBAB 1:jadi receptionist kat mnet & sambung study kat sana..lepas tu mcm berangan nak bukak restaurant halal kat sana..ada banyak lg sebab

KENAPA KOREA..tp nanti2 je la aku cerita..yang penting nak survive kat mana2 pun..duit kena cukup..kalau x susah la hidup esp kalau p negara yg x guna english untuk communicate..



NIGHT AT SEOUL (photo credit to GOOGLE)

Nak migrate bukan benda senang ye..kena clear hutang2..kena cukup savings..kena cukup duit for at least 18months. Yang penting kena buat bajet for 18 months..Dari desktop research aku buat..living cost kat sana lagi tinggi dr kat KL 12%..maknanya kalau kat KL boleh survive cukup2 rm 3 ribu sebulan..kat seoul kita kena ada at least rm 3500 sebulan..expenses kat bawah ni adalah dr perspektif aku sebagai GIA yg bekerjaya & suka memanjakan diri..Aku xtau rate kat bawah accurate x untuk 2013..tapi figure ni based dr article aku baca tu..link dia ntah mana..ni aku just nak bg basic ideas je in case kalau nak migrate p seoul..kalau ada readers yg mmg duduk kat sana nak komen..dipersilakan..sharing is caring kan..

NOTAKAKI: AKU CONVERT & ROUND KAN FIGURE DIA

The Cost given below (in 2 currencies- KRW (won) & RM (malaysia)

The Cost of Living in Seoul Korea can broadly be divided into:

Accommodation
Deposit – 5 Million Won = RM 14,000 Monthly

Rent – 700,000 Won/month = RM 2,000 (Kos ni depends la kalau kau nak ssewa bilik je ke..nak share dgn kawan ke..Kalau nak duduk kat gangnam studio apartment pun dah RM 3k++ sewa dia..gangnam tu mcm tmpt elitis kat sana)

Maintenance:Winter–Heater/Gas/Electricity/Water–50,000 Won/month = RM 150


Food & Grocery

Kalau masak kat rumah – 200,000 Won/month approx ($200)= RM 500

Kalau makan kat luar (mind u people..x banyak makanan HALAL kat sana) – 400,000 Won/month approx ($500)= RM 1000


Travelling using public transport

Kalau naik subway/bus – 90,000won/month (including weekend travelling) ($90)= RM 250

Communication

Local calls using Mobile – 23,000 Won per month ($23)= RM 70

International Calling cards – 15,000 won per month ($15)= RM 50

Internet – 13,000 Won per month= RM 40

  TOTAL BUDGET SEBULAN, LEBIH KURANG RM 3,560 

Aku rasa kalau aku p sana, aku nak duduk studio apartment je..melainkan kalau ada kawan2 yg boleh dipercayai untuk sewa sekali..ye la..lecehlah kalau dapat housemate yg perangai lahanat kan?? Lagipun, dalam imagination aku..aku nak sambung study skali kat sana..so aku kena la berada dalam keadaan aman, damai..Bukan senang okeh kalau nak belajar/tinggal kat sana..kena belajar bahasa dia sbb kalau x boleh mati kutu kat sana..kena amik Korean Proficiency Test tau.. Ni aku berangan je..belum tentu migrate pun..sbb aku fikir mana nak cekau duit..kalau takat nak feeling2 holiday kat korea tu boleh la..huhuhu