Wednesday, August 22, 2012

CREDIT TO AZLI DESIGN

TIP - 5 : Formula Kira Kos Anggaran Kasar Rumah Banglo Idaman Anda

Formula Asas Kiraan Kos Anggaran Kasar Rumah Banglo Idaman, bagaimana caranya?

1. Tentukan keluasan rumah banglo yang anda ingin bina.

Contoh 1 : 40' (lebar) x 50'(panjang) = 2, 000kp (kaki persegi). 


2. Harga pasaran atau kawasan tempat anda untuk bina banglo dalam 1 kaki persegi. Biasa untuk bina banglo anggaran kos bina sekaki minima RM80/100 ke atas :
a) RM80-100/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah teres.
b) RM100-120/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah semi-d.
c) RM 120-150/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah banglo biasa.
d) RM 150/kp ke atas harga untuk banglo mewah.


3. Formula kira kos anggaran rumah banglo :
(Luas kasar binaan rumah banglo) x (harga rm/kp) = Kos anggaran

Contoh 1 : 2, 000kp (luas kasar banglo = 40'x50') x RM80/kp (harga sekaki) = RM 160, 000.00 Contoh 2 : 2, 400kp (luas kasar banglo = 40'x60') x RM100/kp (harga sekaki) = RM 240, 000.00 


4. Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut :

  • Lokasi banglo di bina (di kampung atau di bandar). 
  • Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian banglo (kos 1 tingkat lebih murah daripada 2 tingkat banglo dengan kemasan dan keluasan yang sama). 
  • Rekabentuk pelan dan fasad atau tampak(4 tampak) serta rekabentuk bumbungnya. 
  • Tanah rata atau cerun. 
  • Kontraktor yang dipilih. 



Bagi mendapatkan harga kos anggaran yang lebih tepat, anda dinasihatkan mendapatkan kos anggaran daripada 3 kontraktor berdasarkan pelan rekabentuk rumah banglo idaman anda.

No comments: