7 Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta oleh Rusydee Artz ( Syabab Musafir Kasih )
-------SOURCE
1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.
Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.
Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. Tapi, cerita ini
2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Hashim (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.
3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta.
Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.
4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?
5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?
Mulut tutup, aurat lengan buka.
6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.
7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dDibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.
Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?
Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.
Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."
7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.
Sebelum menonton, anda kena ingat:-
1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.
2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.
3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.
4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB.
5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.
Showing posts with label nur kasih. Show all posts

Thursday, April 5, 2012
Monday, March 26, 2012
kenapa saya selalu membezakan budak sekolah agama dengan sekolah biasa
saya terpanggil untuk buat entry ini sebab saya selalu terfikir..walaupun entry ni macam sensitive untuk sesetengah individu,saya x peduli..saya nak taip apa yang ada dalam kepala saya..
WHY???
Sebab saya TERLALU menghormati budak sekolah agama. TERLALU..saya selalu meletakkan mereka dalam golongan yang berbeza..saya mempunyai sudut pandangan yang berbeza terhadap mereka yang bersekolah agama sepenuhnya..
ye la..walaupun, saya belajar agama..esp kat sekolah agama waktu petang (kat johor ada sekolah agama petang)tapi silibus saya, amalan harian saya hanya di sekolah.saya x praktikkan di rumah etc..bila menjejakkan kaki di Sains Muar baru saya jumpa budak2 lain yg dtg dr pelbagai jenis sekolah..knowing me..saya bercampur dgn semua org..dari situ belajar sembahyang, mengaji, baca ma'thurat dan buat benda2 yg saya x pernah buat sebelumnya.EVERYTHING's SUCH A NEW THING FOR ME.hari pertama datang je dah kena sembahyang jemaah..saya x reti sembahyang jemaah..sumpah demi Allah masa tu saya x pandai..pasal pakaian plak..saya tudung pendek..camisole..kain dalam pun mcm benda baru bagi saya..saya belajar sikit2..tgk org lain..baca buku..banyak tanya..dengar n catat masa tazkirah..cuba ubah sikit2..sampai saya jadi macam ni:
hmm..cuma bila x dipraktikan..hati jadi gelap..buat benda bukan2...buat dosa yg pelbagai..dan semakin dewasa semakin lupa..saya salahkan diri sendiri sebab saya yg buat sendiri semua benda2 x betul tu..SAYA YANG SENDIRI SALAH..
berbalik kepada tajuk asal entry saya..kenapa saya selalu membezakan budak sekolah agama dan budak sekolah biasa??sebab saya rasa dorang berpeluang nak amalkan amalan2 baik yg diajarkan kat sekolah sampai menjadi AMALAN dah BIASA dorg buat..yang terus-terusan jaga amalan tu saya mmg respect..tapi ada beberapa kategori 'produk' sekolah agama yang saya selalu hairan tengok:
1) umur 13-17 tahun..PERGI SEKOLAH--PAKAI TUDUNG LABUH
2) umur 18-23 y.o or more -PERGI MATRIKS/UNI --PAKAI TUDUNG BIASA2 JE..start pakai baju ketat
3) umur da start keje-tahun pertama kerja pakai tudung, x lama sikit bukak tudung, pastu x lama sikit pakai skirt pendek..benda lainnya saya x mau cakap la..xmau nak aibkan sape2..tuhan je yg tahu..
saya bukan ape..jadi meluat tengok..sebab saya mempunyai TAHAP HORMAT YANG BERBEZA TERHADAP MEREKA YANG BERSEKOLAH AGAMA.lepas dari banyak2 produk sekolah agama yg saya rasa lagi terbarai,saya dah x lagi respect budak sekolah agama..saya layan/anggap semua org sama rata je..saya x kata budak sekolah sekular ada lesen untuk buat dosa, TAK!!saya faham semua manusia tu berbeza.semua kubur pun lain2.cuma jangan bagi nampak obvious sangat..ada peluang dan ruang..betulkan diri sendiri..saya x terkecuali..saya cuba improve diri saya setiap hari..semoga tuhan beri saya peluang dari segi masa untuk saya betulkan balik apa2 yang x betul sebelum saya terlambat.ntah esok lusa saya mati pun saya taktau..
ni pantun cilok dari sini
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa yang ustaz ajar
Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)
"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"
Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?
(inilah yg jadi kat twitter beberapa bulan lepas, apsal ntah budak tu meroyan x tentu hala..macam dia sorg je budak sekolah agama yang terculture shock..dia cakap ada unfollow button,feel free to unfollow her..i did..block terus.termakan cili ke? )
Macam tu laa kalau rasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu bagus sangat ke?"
Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dengan dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"
Thursday, March 22, 2012
Wanita Itu Cantik dan Istimewa
SOURCE
Allah berfirman:”Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya ”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan.”
“Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada.”
P/S PDH : Setiap lelaki ingin mencari wanita canti, begitu juga PDH. Ini yang PDH faham tentang wanita cantik.
Wanita cantik ialah
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi…”
Ya Allah…walaupun dirimu tidak cantik dimata manusia,cukuplah sekadar cantik dihadapan ALLAH.

Monday, May 3, 2010
Entry Berlagu
*Penulis banyak keje & x sempat nak menulis*
Dengar la lagu yang penulis pos ni..sebab emosi dan kandungan hormon x stabil n rasa mcm nak tumbuk muka orang..boleh?enuf said..kang muka cantik eksotik ni bertukar jadi harimau betina eksotik..

Thursday, April 29, 2010
owh..i like what they said!!
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Thursday, April 8, 2010
Kiamat Sughra 2012

SOURCE
Peringatan; ini hanya sekadar pencerahan minda sahaja, jangan taksub dan percaya mengkhinzir buta. Ambil iktibar untuk memantapkan iman dan amalan. Kerana soal kiamat dalam pengetahuan Allah SWT. Dan kepada yang faham tu… harap maklum sajalah…
Ringkasan: Sabda Rasulullah – Kiamat itu ada dua… Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)… Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman… Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S.
Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur… Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi…”
“Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya. Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra… Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya. Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra…”
“Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh…”
“Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya.
Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru.
Ust.Harun Din dalam ceramah beliau, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya (bumi) akan bertukar arah pergerakan. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur dan naik sebelah barat.
Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) seperti yang dijangkakan oleh NASA.
Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am – 3am.
Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar di zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.
(Tanda tibanya kiamat kecil objek/cahaya merah di langit kelihatan)
Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap.
Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana. Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain.
Benarlah sabda RASULULLAH.
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat Islam…ALLAHHU AKBAR..!!
(ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)
Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066.
Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.
Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011.(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu.
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066. Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun.
Cubalah anda kirakan sendiri. Beribadatlah wahai umat Islam sekalian.. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.
Wallahu’alam.
Salam Alayk..Setiap kali hari Jumaat je..saya jadi paranoid..urusan dosa pahala memang saya takut tapi masih juga hidup dalam kesamaran..ini adalah sedikit sebanyak dari bacaan saya...janganlah anda mengadili saya dengan pandangan yang macam2..contohnya..
"eleh..gia tu pakai seksi2..isap rokok..macam *****..ade hati nak tarbiyah org"
biarlah urusan saya dengan Allah SWT menjadi hak peribadi saya..hari2 saya berdoa diberikan hidayah..ditetapkan iman..anda tidak perlulah risau tentang diri saya..setiap hari saya cuba memperbaiki diri saya..setiap hari sebelum tidur saya selalu fikir kalau malam ni mati mcm mne..saya jadi gelisah hampir setiap hari...ntahlaaa...biarlah saya fikir sorg2..ok guys..happy weekend!
Sunday, March 21, 2010
TO HARTINA HAJI KAMARUDIN
Pagi ni rasa mood x menentu..rasa x sedap hati..sumer mix macam healthy juice kat marche yg nampak lazat,tapi x pernah try lagi..1 day..1 day..seperti biasa..memulakan hari dgn aktiviti google n youtube..cari inspirasi..cari motivasi..hmm..
diz is wot i got...
seram sejuk memikirkan betapa seorang anak sanggup buat taik kat ayah dan keluarga sendiri..yes..memang citer ni dah lame..dah basi dah kot..ntah2 minah ni dah ade 2-3 anak dah pon..aku pernah dgr kes ni dulu..masa tazkirah + usrah2 yang aku join (walaupon aku ni x solehah sgt..jgn jadi judgemental 5 minit boleh??)..
hmm..bila difikirkan..bila diselami perasaan seorang bapak..ya rabbi...mesti hancur luluh hati die...yes...memang x dinafikan isu ni agak sensitif sebab melibatkan agama dan bangsa...i'm not being racist..TAPI jangan abaikan humanity + rationality...pantat giler betina tu boleh tgk je bapak die kena belasah..padahal dah tau bapak die ade sakit jantung..kalo bapak die tu ade kuasa super saiya xde la aku nak kesah sangat kan...
To HARTINA: saya menulis entry ini memang khas ditujukan kepada awak..sebab saya rasa kes awak unik..hmm..mungkin pada tahun 1996...saya masih kecik..ye la..baru umur 9 tahun..darjah 3..sebok nak PTS..dan x pandai nak membebel macam ni..tapi sekarang...saya dah berumur 23 tahun..dan saya memang nak maki awak habis-habisan...sebab saya rasa geram awak buat ayah awak macam tu..saya kesian kat ayah awak...
saya kesian kat adik awak yazit..senang cerita saya kesian kat sesiapa yang awak susahkan..
seriously hartina (nama hindu awak saya x ingat sebab..x glamor macam rani mukherjee atau kajol..apatah lagi aishwara rai...)..
saya rasa awak lah pemegang INGLORIOUS BASTARD AWARD dalam blog ni selepas ex-boyfriend saya..x payahlah nak bangga sangat pon..x dapat gold medal atau wang sampingan pon..apatah lagi rantai mutiara tajaan Rafflesia..saya percaya..dalam masa 14 tahun ni...awak mesti sentiasa x sedap hati kan...bagaimana keadaan awak sekarang??bahagia??awak hindu kan??mesti awak percaya karma kan...
hmm...tapi saya rasa awak x patut buat macam tu kat ayah awak..apa salah die kat awak??kenapa awak ikutkan hati dan keinginan awak tu??cukuplah awak dah lukakan hati dia dengan murtad..mind u hartina..bapak awak x kesah pon awak nak kawen dengan india tu..hensem sangat ke rajeswaran awak tu??..awak patutnya jadi anak mona fendi lagi bagus..biar die kerat awak dan laki awak tu..
..wotever pon kan awak...saya bukan tuhan untuk menghukum awak...saya percaya balasan tu akan muncul..awak add la FB saya..sebab saya kepochi nak tau pasal awak..AFTER 14 YEARS..saya mintak maaf sangat...sumpah..dah 3 jam saya maki awak dalam hati...sorry..
To Haji Kamarudin: Pakcik kat mne sekarang?sehat??pakcik sabar banyak2 ok..redha je dengan apa2 yang berlaku...Allah tu Maha Adil...memang kita x boleh nak expect semua balasan tu berlaku depan mata..tapi saya percaya semua orang akan dapat bahagian masing2..sama ada baik atau buruk..
OK>>MARI KITA GO THRU SAMA2
KES HARTINA YANG MURTAD
Assalamualaikum. ……… …kita baca la apa yang ditulis ni….buat pedoman kita dan keluarga kita……. kes Hartina. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita….
Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.
Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.
Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.
Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah “bagai menatang minyak yang penuh”.
Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.
Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.
Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.
Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.
Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina “Siapa yang kamu bawa ini? “Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.
Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.
Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.
Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.
Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. (PANTAT TOL LA BETINA NI...aku ni walaupon mak aku x sempurna macam mak org lain..walaupon aku xde la rapat sangat ngan dia..insyaALLAH..aku takkan macam ni..sbb rational + humanity yang aku sebut di awal entry..)
Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.
Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.
Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.
Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.
(hey u..boleh x bekerja dengan integriti..aku bukan lah nak kondem sgt para polis ni...tapi aku ade BANYAK pengalaman peribadi bila berurusan dgn dorg..damn..i hate U)
Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.
Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya “Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?”
Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.
Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.
Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.
Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?
Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.
Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.
Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.
Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.
Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.
Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.
Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.
Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.
Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.
Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.
Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.
Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata”Kami tak boleh berbuat apa-apa”, saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.
Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.
Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: “kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?” Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.
Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.
Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.
Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.
Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.
Saya menyoal polis itu: “Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?” Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.
Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).
Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.
Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.
Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.
Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?
Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.
THIS IS WHY I HATE POLICE SOOO MUCH!!BODOH..CORRUPTED
Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.
Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.
Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.
Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An’am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya” .
Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.
Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.
Ya ALLAH...peliharalah iman ku..

Thursday, March 11, 2010
Thursday, February 4, 2010
melancholy

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Saturday, November 14, 2009
Praying for Forgiveness and Repentance * By Harun Yahya
All through their lives, certain people pursue a flawless image for themselves. Their efforts center around one goal: to be perfect and to look perfect. This is a natural consequence of finding it degrading to make a mistake. The ideal person, they consider, is one who can project an aura of impeccability.
However, this "flawlessness" is an illusionary goal. Neither is it one of the attributes of a believer we find extolled in the Qur'an. We would go so far as to say that such a "believer model" does not exist. For mankind is inherently weak, humble, and helpless before God and can consequently makes mistakes all throughout life.
No doubt, people will always do their best to avoid mistakes and sins, yet, being frail servants of God, they will not succeed in being free of all mistakes.
In the Qur'an we are informed that mankind has faults and sins before God:
[If God were to punish men according to what they deserve, He would not leave on the surface of the earth one single living creature: but He gives them respite for a stated term: when their term expires, truly, (they will know that) God has in His sight all His Servants](Fatir 35:45)
In accordance with this divine command stated in the Qur'an, the attitude expected of believers is not that of being faultless or sinless. They are only expected to constantly seek forgiveness from God.
This is actually an attribute that makes the distinction between a believer and non-believer. Unbelievers struggle to cover up their faults and sins, yet believers never try to do this.
What is important for them is to feel an inner regret and consequently turn to God and seek His forgiveness.
While reading the Qur'an, we see that the willingness to ask for forgiveness is a natural and unfailing attribute of the believers. On that account, we understand that believers never see themselves as beings purified of all sins and faults. On the contrary, they continually seek refuge in God's mercy. In the following verse, turning to God in repentance is regarded as one of the important attributes of a believer:
[Those who turn to God in repentance; who serve Him, and praise Him; who fast in devotion to the cause of God; who bow down and prostrate themselves in prayer; who enjoin good and forbid evil; who observe the limit set by God, shall be richly rewarded. Proclaim the glad tidings to the believers.](At-Tawbah 9:112)
Forgiveness Vis-Ã -Vis Repentance
Asking for forgiveness of God is a regular aspect of worship for believers. People can ask forgiveness of God all day long for all their sins, whether deliberately or unintentionally committed. Moreover, as well as asking for forgiveness for themselves, they can also do it for other believers, as stated in the Qur'an.
In Arabic, the word for "asking for forgiveness" is istighfar which is "asking for God's attribute of Ghafir, or He who forgives.
Thus, asking for forgiveness of God is like pledging to purify one's self and hence seeking refuge in the mercy and grace of God. In the Qur'an the believers pray saying what means:
["Our Lord! Forgive us our sins, remove from us our iniquities, and take to Yourself our souls in the company of the righteous"](Aal `Imran 3:193)
The judgment of God regarding this is as below:
[I am with you: if you (but) say your prayers regularly, practice regular charity, believe in my messengers, honor and assist them, and loan to God a beautiful loan, indeed I will rid you of your evils, and admit you to gardens with rivers flowing beneath; but if any of you, after this, denies Me, he will truly have wandered from the path of rectitude](Al-Ma'idah 5:12)
As mentioned above, praying for forgiveness of God may be both for sins, committed intentionally or unintentionally, as well as for the sins of other believers. This is the most important distinction between asking for forgiveness and repentance.
Although praying for forgiveness is a regular prayer of the believers, repentance is the steadfast attitude taken towards a particular sin or fault, or the giving of a firm decision not to turn to that sin again.
Repentance is seeking refuge in God for one's sin, promising not to commit that sin again and, to this end asking the guidance and help of God. The exact meaning of repentance is "to turn back". Thus, repentance expresses an absolute commitment not to commit any particular sin again.
The intention behind repentance is not to repeat the same sin. God enjoins the faithful thus:
[O you who believe! Turn to God with sincere repentance, in the hope that your Lord will remove from you your ills and admit you to Gardens beneath which Rivers flow](At-Tahrim 66:8)
However, this is not to say that believers repent for a sin or fault only once. They may repent on one occasion, and then, in a moment of weakness, repeat the same sin. However, the mercy of God never ceases to encompass them. This is why they can still repent to God and seek refuge in Him. God is always ready to show grace and mercy to the believers. This is stated in the Qur'an:
[O my Servants who have transgressed against their souls! Do not despair of the Mercy of God: for God forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful." Turn to your Lord (in repentance) and bow to His Will, before the Penalty comes upon you: after that you shall not be helped](Az-Zumar 39:53-54)
Pharaoh's Repentance
Still, there is one kind of repentance God will not accept: the insincere repentance offered when death comes. This is actually the moment people meet the angels of death. Of this the Qur'an says what means:
[God accepts the repentance of those who do evil in ignorance and repent soon afterwards; to them God will turn in mercy: for God is full of knowledge and wisdom. Of no avail is the repentance of those who continue to do evil, until death faces one of them, and he says, "Now I have repented indeed" nor of those who die rejecting Faith: for them We have prepared a most grievous punishment](An-Nisaa' 4:17-18)
In the Qur'an, God gives the striking example of such an act of repentance made at the last moment. Pharaoh, who chased Moses and the believers in order to kill them, ended by expressing his repentance while he drowned in the sea — a miracle wrought by God.
[At length, when overwhelmed with the flood, he said: I believe that there is no god except Him Whom the Children of Israel believe in: I am of those who submit (to God in Islam)](Yunus 10:90)
However, God's response to him was what means:
[Ah now! But a little while before, you were in rebellion! and you perpetrated mischief and violence!](Yunus 10:91)
Since repentance is essential to the eternal salvation of people, they should well be aware of its importance and observe this form of worship to the best of their ability. People may have sinned extensively or have rebelled against one's Creator. Yet, God encompasses His servants with so much mercy that He grants eternal salvation in response to a sincere repentance:
[When those who believe in Our signs, come to you say: "Peace be upon you: Your Lord has decreed for Himself (the rule of) mercy: truly, if any of you committed evil in ignorance, and thereafter repented, and mended his ways, he would find God Oft-forgiving and Most Merciful."](Al-An`am 6:54)
Keep in mind that God even forgives unbelievers and hypocrites who fought against Him and His Messenger, if they turn back to God with sincere and true repentance:
[The Hypocrites shall be cast into the lowest depths of the Fire: no helper will you find for them; But those who repent, mend their ways, hold fast to God, and are sincere in their devotion to Him-they shall be numbered with the believers. And soon God will grant to the believers a reward of immense value](An-Nisaa' 4:145-146)
[Those who conceal the clear signs We have sent down, and the guidance, after We have made it clear for the people in the Book-on them shall be God's curse, and the curse of those entitled to curse, except those who repent and make amends and openly declare the Truth. Toward them I shall relent; for I am the Relenting one and Most Merciful] (Al-Baqarah 2:159-160)
This is a great opportunity God grants to His servants. He commands people never to be overwhelmed by despair due to any sin they have committed and always to turn to Him in hope. However, misinterpretation of this concept and an insincere attitude do not earn people divine approval. Knowing the commandments of God, yet deliberately committing sins, saying "no matter what happens, I will be forgiven" shows completely flawed reasoning.
Such are the people who "reject faith after they accepted it, and then go on adding to their defiance of faith". Only the repentance of those who out of ignorance commit sins is accepted. The repentance of insincere people, who simply take repentance as the freedom to commit sins are, however, rejected. Stress is laid on this in the Qur'an:
[But those who reject faith after they have accepted it, and then go on adding to their defiance of faith, will never have their repentance accepted; for they are those who have of set purpose gone astray](Aal `Imran 3:90)
One point needs clarification here: It is quite possible that, being ignorant, being in a state of heedlessness, or indulging in desires, people may very well commit sins. However, if people realize theirs faults and sincerely repent, God may well be forgiving. However, people who commit sins, although knowing the judgments of God, saying, "I will be forgiven no matter what happens," are merely deceivers. That is why their repentance is not acceptable to God.
It is hardly necessary to say that heartfelt regret and sincerity are the keys to divine forgiveness.
The Qur'anic injunction: [Call on your Lord with humility and in private](Al-A`raf 7:55) also applies when showing contrition asking for forgiveness. While repenting for serious errors especially, deep regret and a sincere attitude are essential. As an example of repentance and forgiveness, the Qur'an cites the case of the three Muslims who were left behind, when all others had gone to fight in the cause of God, thereby committing a great sin;
[God turned with favor to the Prophet, the Muhajirs, and the Ansar, who followed him in a time of distress, when the hearts of some of them had nearly swerved from duty; but He turned to them (also): for He is Most Kind, and Most Merciful to them. He turned in mercy also to the three who were left behind; they felt guilty to such a degree that the earth seemed constrained to them, for all its spaciousness, and their very souls seemed straitened to them, and they perceived that there was no fleeing from God and no refuge but in Him. Then He turned to them, so that they might repent: for God is the Forgiving One and Most Merciful.](At-Tawbah 9:117-118)
Asking forgiveness of God and repenting one's sins serve as pure expressions of being a sincere servant to God. Believers should be well aware that they may commit sins, but that they should take refuge in the mercy and grace of God. Simply worrying, or feeling grief for one's former sins is quite pointless. Man should consider the story of the messengers who made some errors, yet continued their struggle after sincerely repenting. Man should trust in the forgiveness of God.
In the Qur'an it is mentioned that praying for forgiveness and expressing repentance are ways to eternal salvation:
[If it were not for God's grace and mercy to you, and that God is Forgiving and full of Wisdom, (you would indeed be ruined).](An-Nur 24:10)
* Reprinted with permission from the author. Slight editorial changes have been made to the article. To see the original, visit www.harunyahya.com.
The author, who writes under the pen-name Harun Yahya, was born in Ankara in 1956. He studied arts at Istanbul's Mimar Sinan University and philosophy at Istanbul University. Since the 1980s, the author has published many books on political, faith-related and scientific issues. Some of the books of the author have been translated into English, German, French, Spanish, Italian, Portuguese, Albanian, Arabic, Polish, Russian, Bosnian, Indonesian, Turkish, Tatar, Urdu and Malay.
Thursday, November 5, 2009
I'M O.K..
(invite u all to my blog..for a better ambiance if u r reading this thru my FB's notes)
salam alayk..
hi semua..seperti yang semua sedia maklum..saya sudah kembali seperti biasa..putus cinta..berkabung 1 minggu sudah cukup kot..credits to my BFF's for give me strength..thoughts..and inspiration.T_____________T
MY 2 CENTS:
It can be frustrating to realize that the person with whom you spent all those romantic times and poured your love on him does not even want to listen to you. That's extremely tough..And the worst part is the thought of "He's just playing with me because he may be using me to test the waters of "what if"..."
I've been thinking about this long and hard and I've come to the conclusion that we should go our separate ways. he made it clear I wasn’t for him and I was happy to hold on to him as a friend. da org xnak..nak buat mcm mne kan..i'm not up to his expectation..Well,what he did really hurt me. It is even harder when I don't know what went wrong. it was an emotional hell I never want to repeat. NEVER.
MY MISSION:
Be happy on my own terms, then i'll tell him his schizophrenic decision making is unpredictable and not condusive to my happiness!
All in all,everyone needs to be loved back at some point and he's just not meant for me..alhamdulillah..my brain's still working accordingly..no head wired..
Monday, November 2, 2009
it's a life of test
Ya Allah,
Please forgive me for the sins I committed in the past and those I will commit in the future.
Ya Allah,
I ask You to strengthen my iman and those around me
I ask You to soften my heart
And to soften the hearts of the believers
Ya Allah
Forgive me for my shortcomings, for only You are perfect
Please forgive me if I ever got too wrapped in a matter
That I didn’t have time to utter Your name
Ya Allah
Please forgive me for all the solat I missed
Because of ignorance or laziness
Please forgive me for all the fasts I didn’t make up
Ya Allah
I ask that You help me for I am weak
And will only grow stronger by Your strength
So Allah please strengthen me
To fight Syaitan and his whispers
And if I ever fell into his trap
And followed my desire
Then sincerely forgive me
For that displays not only my weakness
But Your greatness as well
Ya Allah..
Please have mercy on me
Thursday, October 29, 2009
gia will not cry
salam alayk..
hari ini sangat sibuk..sibuk memikirkan benda yang dirancang x
menjadi..ntah..semua macam x kena je hari ini..ada 3 perkara yang
paling buat aku dissappointed & dilakukan oleh org2 tersayang
jiwa saya berlaku hari ini. Merujuk kepada perkara 1,2 dan 3..saya
penat dah nak fikir..sebab dah jangka benda2 ni akan jadi juga..sangat
dissappointed dengan org no 1 ini sbb saya da bagi kepercayaan yang
penuh kat org ini...terasa diri ni sangat murah...sebab perasaan mcm
dilelong macam tu sahaja...ingat perasaan ni macam boleh dibeli kat 7 eleven..
die tidak sedar ke saya ni pon ade feelingwalaupon nampak saya mcm selamba2 je..
saya x kisah tunggu die berjam2sebab dia menguruskan urusan peribadi dia..
sampai tertido2 saya kat sofa..memang saya BODOH sebab bagi peluang mereka buat macam
tu..supposedly saya tak patut bagi muka langsung pon kat mereka awal2
lagi...xpela..takdir memang macam ni kan..lepas ni perlu
beringat..cukuplah dulu menangis mcm x ingat yang tuhan masih
syg...insya Allah..selepas ni..saya mempunyai perancangan yang lebih
baik untuk diri sendiri..terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yang sudi
mendengar luahan hati ini..terutama..cik lin..my lady d..saudara
zuhairy..saudari ili raihana..mr bobo...mr karvey...n intan yang
mengisi hari yang suram ni dengan nasihat dan pendapat...kali ini..GIA
WILL NOT CRY...sesungguhnya saya juga mempunyai perasaann...kadang2
saya hanya rasa terkilan sahaja dengan sikap2 orang sekeliling yang x
menghormati perasaan org lain..walaupon pada zahirnya nampak boleh
dijadikan sumber kekuatan...mungkin juga saya tersilap
langkah..tersilap tutur kata..tapi..saya juga manusia biasa yang tidak
lepas dari kesilapan..cukup untuk hari ini sebab saya tahu ini adalah
ujian Dia untuk saya..nak tahu sama ada saya kuat atau x..saya tahu
setiap perkara ada hikmahnya..bergantung juga kepada cara saya
mengendalikan masalah-masalah ini..
Ya Tuhanku,
curahkanlah kesabaran atas diriku
dan teguhkanlah pendirianku
Ya Tuhanku,
janganlah kau palingkan hatiku
setelah Engkau tunjuki dan berilah rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

- Rasa dipermainkan sekali lagi..tapi kali ini macam jadi lebih kuat..sebab
gia yang ini bukan gia yang dulu..saya da masak sangat dengan manusia
yang macam ni... - Secara tidak sengaja terlibat dalam chaos org lain disebabkan org lain itu
tidak jujur kepada pasangannya..yang ini pon satu hal...since ini kali
ketiga dia buat saya mcm ini...walaupon saya sangat sayang dia..saya
terpaksa lepaskan dia...sebab dia adalah hak org lain...saya harap..dia
mengerti..sebab..lahirnya sayyidah jahizah bt hassim bukan untuk
menjadi mangsa org yg bersikap manipulatif dan opportunist...saya juga
mempunyai masalah tersendiri..saya bukan mengambil langkah mudah dengan
menjadi ignorant..tetapi..kadangkala..tidak guna masuk campur hal org
lain...kalo akhirnya menyusahkan diri sendiri - Ternampak barang yg dihadiahkan kepada seseorang dipakai oleh orang lain..yang
ini pon meremukkan hati juga...tapi xpe...yang ini boleh diletak kat
tepi...
jiwa saya berlaku hari ini. Merujuk kepada perkara 1,2 dan 3..saya
penat dah nak fikir..sebab dah jangka benda2 ni akan jadi juga..sangat
dissappointed dengan org no 1 ini sbb saya da bagi kepercayaan yang
penuh kat org ini...terasa diri ni sangat murah...sebab perasaan mcm
dilelong macam tu sahaja...ingat perasaan ni macam boleh dibeli kat 7 eleven..
die tidak sedar ke saya ni pon ade feelingwalaupon nampak saya mcm selamba2 je..
saya x kisah tunggu die berjam2sebab dia menguruskan urusan peribadi dia..
sampai tertido2 saya kat sofa..memang saya BODOH sebab bagi peluang mereka buat macam
tu..supposedly saya tak patut bagi muka langsung pon kat mereka awal2
lagi...xpela..takdir memang macam ni kan..lepas ni perlu
beringat..cukuplah dulu menangis mcm x ingat yang tuhan masih
syg...insya Allah..selepas ni..saya mempunyai perancangan yang lebih
baik untuk diri sendiri..terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yang sudi
mendengar luahan hati ini..terutama..cik lin..my lady d..saudara
zuhairy..saudari ili raihana..mr bobo...mr karvey...n intan yang
mengisi hari yang suram ni dengan nasihat dan pendapat...kali ini..GIA
WILL NOT CRY...sesungguhnya saya juga mempunyai perasaann...kadang2
saya hanya rasa terkilan sahaja dengan sikap2 orang sekeliling yang x
menghormati perasaan org lain..walaupon pada zahirnya nampak boleh
dijadikan sumber kekuatan...mungkin juga saya tersilap
langkah..tersilap tutur kata..tapi..saya juga manusia biasa yang tidak
lepas dari kesilapan..cukup untuk hari ini sebab saya tahu ini adalah
ujian Dia untuk saya..nak tahu sama ada saya kuat atau x..saya tahu
setiap perkara ada hikmahnya..bergantung juga kepada cara saya
mengendalikan masalah-masalah ini..
Ya Tuhanku,
curahkanlah kesabaran atas diriku
dan teguhkanlah pendirianku
Ya Tuhanku,
janganlah kau palingkan hatiku
setelah Engkau tunjuki dan berilah rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.
Labels:
birdy,
cinta di udara,
cotton candy,
fucked up,
love no more,
magic,
nur kasih,
random
No comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)