Monday, April 26, 2010

Senarai Kesyukuran GIA




Macam biasalah..mengikut statistik yang dibuat sendiri,entry yang dibuat oleh saya adalah berciri random dan mengikut level estrogen..ok..hari ni mood saya ada sedikit baik.Actually, lately saya berasa sangat loser. Saya rasa saya masih belum mencapai apa yang saya nak..dalam kesibukan mengejar impian...saya hilang secara tiba2..Tetapi bila difikir-fikir balik...mungkin sifat kesyukuran saya menipis hari demi hari..

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang kau kurnia
Ku bersyukur ya tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku tuhan


Sebagai resolusinya, saya mensenaraikan senarai kesyukuran saya:

1-Saya bersyukur saya hidup hari ni..sebab kalau saya x hidup..saya dah x boleh menekan papan kekunci (lalu menulis entry ini) dan makan nasik lemak traffic light..bukan nasik lemak tu ade kaler traffic light..penjual nasik lemak tu jual nasik lemak tu kat traffic light ye kawan2.

2-Saya bersyukur sebab saya sudah tamat pengajian ijazah pada usia yang awal. Walaupun dengan segulung ijazah ni x memampukan saya memakai Hummer H5 atau Skyline GTR..Saya tetap bersyukur.

3-Saya bersyukur saya belum lagi didiagnos penyakit2 serius yang membuatkan saya tidak mampu bekerja atau terpaksa memakai stiker OKU di kereta.

4-Walaupun bentuk badan saya x cantik mcm adriana lima,saya bersyukur saya dilahirkan lengkap anggota..bukan anggota polis atau bomba ye kawan2..lengkap anggota tubuh badan..organ2 sumer function well..membuatkan saya mampu bekerja 15-16 jam sehari.alhamdulillah

5-Saya bersyukur saya dah slow kan aktiviti sosial tegar dan insyaAllah saya akan stopkan terus..saya dah penat terlampau bersosial...Nasihat kepada adik2 yang baru nak naik,x payah la nak ikut darah muda anda..Nikmat bersuka ria tu hanya sementara.Trust me..

6-Saya bersyukur ibu bapa dan keluarga saya memberi kebebasan mutlak kepada saya untuk mengatur hidup. Walaupon kadang2 ada tersilap langkah.Saya cepat tersedar. Dan betulkan balik keadaan seperti yang sewajarnya.

7-Saya bersyukur saya sudah mempunyai kereta (walaupun belum lagi berlesen), mempunyai katil empuk, bilik tidur yang selesa, almari, DVD Player, mesin basuh, dan segala harta-harta saya di bilik sebab semuanya adalah hasil titik peluh saya selama 1 tahun bekerja.

8-Saya bersyukur saya pernah bersekolah di SAMURA...walaupon saya x suka sekolah tersebut semasa saya berumur 15-16 tahun.hahahha....sekarang..semasa berumur 23 tahun saya baru rasa bersyukur saya diterima masuk ke situ..sebab saya dipertemukan dengan 1/2 daripada senarai rakan baik saya seperti kinah,nadey, nuar, beba, richard, hana ,kurik,yoyo,etcetera..etcetera....dan saya bersyukur,hingga kini, saya masih dijemput untuk datang majlis keraian rakan sekolah..

9-Saya bersyukur Intan Shafina menjadikan saya orang pertama mengetahui berita gembira yang diterimanya..

10-Saya bersyukur saya ada kawan2 yang suka berkaraoke secara bijak..x meng conquer microfon macam sendiri punya microfon atau menyanyi 10 lagu baru nak bagi kita nyanyi..

11-Saya bersyukur saya seorang yang rasional

12-Saya bersyukur saya suka lagu bergenre Nasyid dan suka lagu berlirik yang ada kena mengena dengan perasaan..walaupun saya mcm nakal2..saya masih menjadikan certain things as boundaries..and thru nasyid..i can get some lessons..inspiration..

13-Saya bersyukur saya seorang yang penyabar pada benda2 yang maha dasyat...kalo x dahsyat sangat/atau benda yang x rasional..saya x berasa sabar sangat..*jadi aku ni penyabar x???hmm..aku pon kompius tiba2*

14-Saya bersyukur saya mempunyai bos yang menggalakkan main Facebook..hahahaha

15-Saya bersyukur saya dapat menulis list ni sampai ke no 15..walaupon saya sudah habis idea sebenarnye

16-Saya bersyukur saya bukan siti nurhaliza,sebab kalau saya siti nurhaliza saya bersuamikan dato' k..saya takut anak saya keluar tros ada misai

17-Saya bersyukur saya sedar saya patut berhenti mentulis senarai kesyukuran ni sebab its getting crappy dan tersasar dari tujuan asal..TITIK


Aku bersyukur ya allah
Segala pemberianmu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur alhamdulillah

No comments: