Monday, February 13, 2012

Online Shopping



Membeli-belah, atau istilah yang biasa digunakan-shopping, adalah satu aktiviti yang sememangnya tidak boleh dielakkan dan dinafikan.Window shopping pula adalah bermaksud 'aku dah tinggal bulu, maka cuci mata saja. 70% wanita mengakui sekiranya ke kedai, mereka akan membeli sesuatu yang pada awalnya tidak terdapat dalam senarai membeli belah. Sebagai contoh jika ke F-Block, niatnya nak beli baju sahaja tapi akhirnya telah ter'beli' shades, tali pinggang dan juga wedges untuk melengkapkan gaya.

Apa lagi dalam zaman teknologi yang semakin berkembang, membeli belah yang sememangnya bukanlah suatu masalah untuk kita dijadikan lebih mudah. Penggunaan kad kredit memudahkan proses pembayaran, untuk ketika di mana tiada wang yang mencukupi. Tetapi online shopping memudahkan kita untuk membeli belah dengan hanya menekan keypad pada computer.

Lihat saja di laman web, terdapat aneka jenis shopping sites yang menjual pakaian wanita, lelaki, pakaian Muslimah dan sebagainya.

Cara pembelian juga mudah, boleh dilakukan melalui kaedah bank in menggunakan online banking dan dalam beberapa hari, barang yang dibeli akan dihantar ke rumah. Jika mahu bayar semasa menerima barang itu, untuk elakkan penipuan, terdapat kaedah cash on delivery yang terdapat di sekitar hot spots di Kuala Lumpur. Oleh sebab harga untuk barangan yang dibeli online kurang daripada RM50 (termasuk pos), ini menjadi aktiviti yang addictive. Apa lagi bila tidak perlu berganjak dari kerusi dan meja computer. Maka, tidak perlulah berkunjung ke pusat membeli belah lagi ya? Tidak perlu juga melecet tapak kaki apabila mengukur mall.

Tapi online shopping datang dengan pakej. Ada kelebihan, ada juga kurangnya. Ada kalanya, barang yang dibeli melalui online shopping tidak seindah rupa. Sebagai contoh:

1) Baju yang dibeli secara online shopping mungkin kelihatan cantik di dalam gambar, tetapi hakikatnya warnanya mungkin pudar dan material pakaian itu mungkin tidak berkualiti. Ataupun pakaian tersebut mungkin tidak muat, terlalu sendat atau terlalu longgar.
2) Cupcakes dalam gambar nampak cantik dan caption yang dinyatakan mampu membuat air liur meleleh. Tetapi apabila order sampai, Indah khabar dari rupa.

Langkah berjaga-jaga sukar diambil kerana tiada prinsip “pulangkan barang yang dibeli sekiranya tidak memuaskan” di Malaysia. Boleh sahaja dilakukan, tetapi terpaksa melalui proses yang lama dan adakalanya tidak diterima langsung. Ini semua untuk memastikan prinsip ini tidak disalah gunakan. Pakai sekali untuk suatu majlis dan esok kembalikan kepada kedai. Jika begini, satu barang pun tidak mungkin terjual.

Bukanlah hendak dikatakan tidak perlu shopping online, Cuma berhati-hati sahaja. Ada juga shopping sites yang jujur dan menjual barangan berkualiti di luar sana. Malah, jika diri sendiri hendak mencuba perniagaan secara online, silalah mencuba. Dan jangan lupa untuk bersikap jujur dalam perniagaan. Barulah murah rezeki.

SUMBER RUJUKAN: 3R

No comments: