Monday, March 22, 2010

Pertanyaan Random Yang Berlegar2 di Fikiran Aku


KES 1

Saya kini berada di Kampung Batang Rokan, Gemencah, Negeri Sembilan, lokasi kejadian kes bunuh 4 mangsa berusia di antara 22 dan 90 tahun semalam. 2 rumah mangsa terletak kira-kira 1 kilometer dari jalan di antara Gemenceh dan Felda Bukit Rokan.

Dimaklumkan, suspek, 34 tahun, anak kepada seorang daripada mangsa terkorban, melarikan diri, motosikalnya ditemui di Perhentian Bas Tampin.
Jam 5.15 petang tadi saya difahamkan, suspek berjaya diberkas di Kuala Lumpur, kini ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Bagaimanapun kepala arwah ayah suspek, 76 tahun dipenggal, masih tidak ditemui.

Update Sejak suspek ditahan pada 4.05 petang tadi, pihak polis menjalankan usaha mengesan kepala mangsa dipercayai ditanam di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Pada jam 11.30 malam tadi, suspek berada di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam bersama pegawai dan anggota Forensik.

Suspek, bekas pekerja bank (teller) di Pelabuhan Klang sebelum menganggur dan dilaporkan putus tunang 2 kali. Pada pagi kejadian dia dilaporkan sembahyang subuh dan makan pagi bersama ahli keluarga.

Menurut rakan mangsa, suspek dikenali dengan sifat lemah lembut dan beradap semasa bertugas sebagai kakitangan bank. Dia juga dilaporkan bijak dan mudah bergaul dengan orang ramai.

UPDATE:
Kepala mangsa bunuh 4 bersaudara di Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan, Ismail Awang, 76 tahun ditemui Unit Forensik polis, berbungkus plastik putih di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada jam 12.50 malam tadi.
Suspek, Rashidi Ismail dipercayai membawa kepala ayahnya menaiki bas dari Perhentian Bas Tampin, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur. Kepala terbabit kemudian ditanam kira-kira 2 kaki, 300 meter dari pintu masuk ke tanah perkuburan.


Sumber:

1) Merujuk kepada kes pembunuhan kejam oleh Rashidi Ismail...apparently die telah memenggal kepala bapak die...dan kepala dibawa all the way from gemencheh to shah alam..

Persoalannya di sini: Dibawak naik bas or naik moto??Setahu aku kepala dibawa naik motor..then aku terpk,Rashidi pakaikan helmet x kat kepala bapak die??

2)Merujuk kepada kes yg sama..dalam metro hari ni..Rashidi tu cakap die dgr suara dari langit suruh bunuh family die..


Persoalannya di sini: Die dengar suara ayah pin ke??ayah pin dah jumpa teknologi baru kat langit agaknye..1 pencapaian baru ayah pin ni..MAZEL TOV AYAH PIN..MAZEL TOV

KES 2

Utusan Malaysia semalam melaporkan kes nenek, 65 tahun dirogol lelaki tukang urut berusia 45 tahun. Lebih tidak berhati perut, nenek terbabit, penghidap penyakit angin ahmar.Suspek bagaimanapun berjaya memboloskan diri sewaktu rumahnya diserbu polis di Kota Bharu, Kelantan.


Soalan saya: WHy???Awat???Bakpo???Pelik sungguh la manusia zaman sekarang..budak pon nak dirogol..nenek pon kena rogol jugak..isy...isy...


KES 3

Teman lelaki ibu Syafiah Humaira didakwa

KUALA KUBU BHARU: Teman lelaki ibu Allayarham Syafiah Humaira Sahari yang meninggal dunia akibat didera, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang bekerja sebagai pemandu teksi mengangguk dan mengatakan faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zuraidah Zakaria.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.


Mohd Fazli yang menundukkan wajah dan sugul ketika berada di kandang tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.


Bagi perbuatan itu, Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam, ditangkap sejak 26 Februari lalu, ditahan di Penjara Tapah, Perak.

Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan memohon tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat.


Mahkamah menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula.

Sebelum itu:
Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.

Bedah siasat mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu semalam mendapati abdomen Syafia pecah dan berlaku pendarahan otak selain kecederaan di leher, pipi dan bahu. Suspek, pemandu teksi berusia 28 tahun semasa disoal siasat polis dilaporkan mengaku menendang mangsa dan memijak kepalanya sewaktu kejadian. Saya tidak mampu membayangkan trauma dilalui dan kesakitan dideritai tubuh kecil itu. Dia anak kecil bukan tandingan tenaga si bangsat terbabit.

Malangnya, beberapa saksi dikatakan tidak berani menegur perlakuan suspek apatah lagi melaporkan kes kepada polis kerana dia banas baran.

“Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu Syafia dipetik Harian Metro.

Hairannya, Nurhanim dikatakan mula menjalinkan perhubungan bak suami isteri bersama suspek sejak 6 tahun lalu. Buta hati andai dia mendakwa tidak mengenali sikap teman lelaki, menyamar sebagai suaminya itu.

Buletin 1.30 tadi menyiarkan temubual bersama Nurhanim. Dia mengaku suaminya, ayah Syafia enggan menceraikannya (baca: digantung tidak bertali). Untuk rekod, suami Nurhanim, ayah kandung Syafia, Sahari kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dalam kes pembunuhan pada tahun 2006.

“Saya mengaku banyak membuat kesilapan …,” kata Nurhanim ketika merayu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nurhanim dipercayai melahirkan bayi lelaki berusia 1 tahun 6 bulan hasil perhubungan dengan suspek, kini dia dilaporkan mengandung 4 bulan. Sehubungan itu menurut Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, polis akan merujuk kes terbabit kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan lanjut. Jika dakwaan berhubung kelahiran anak luar nikah itu benar, Nurhanim wajib dituduh di mahkamah syariah. Melalui saat duka, bukan alasan dia dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang dunia.

Akhbar sebelum ini melaporkan, datuk mangsa, Aziz Shahar, 50 tahun, terkilan kerana pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka dia didera. Terfikir, jika benar dakwaan Aziz, masakan Nurhanim sebagai ibu, hidup bersama Syafia tidak mengetahui kejadian sebenar?

Dakwaan Aziz diperjelaskan DSP Bakhtiar.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras”

Cinta tidak mengenal siapa, barangkali.

Berikut kenyataan klise ibu mangsa berhubung suspek disahkan positif ujian saringan dadah sewaktu ditahan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” komen Hurhanim berhubung suspek.

Malangnya, hanya selepas 2,190 hari (baca: 6 tahun) baharu dia tersedar berhubung fakta itu.

Suspek direman 7 hari sehingga Khamis ini dan polis dipercayai akan memohon lanjutan tempoh tahanan reman maksimum 7 hari lagi untuk menuduhnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh.

Keluarga Nurhanim dan keluarga suspek dilaporkan bertengkar lebih 20 minit di pekarangan bilik mayat hospital mempertikaikan hak tuntutan jenazah mangsa. Jenazah Syafia akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang pada jam 5 petang semalam.

Apapun berlaku, seksa dunia Syafia, dinoktahkan sudah. Mereka masih hidup dan terbabit dalam pembunuhannya akan dibicarakan di mahkamah dunia dan mahkamah Allah. Pembasalan setimpal akan mereka terima.

NOTA Dalam Buletin Utama 28 Februari, Nurhanim menafikan dia mengandung anak kedua (4 bulan).




KOMEN AKU:
Ape benda agaknye ada dalam kepala otak mamat ni..budak 3 taun kot..isy..mak budak ni pon bongok..hey..be a real bitch la wei..x payah nak buat muka kesian..annoying tau x..dah tau bf panas baran..mat gian..apsal nak get along for 6 years??..

No comments: