Sunday, March 13, 2011

Blogwalking-Dia,dia,dia dan Tomato

*zaman2 x pernah merasa telinga piring astro..tomato man lah menjadi pilihan kartun kegemaran*

Cerita dibawah ditulis pada tahun 2007..masa tu tomato collagen xde lagi..selari dgn perkembangan teknologi dunia...TADAAAAAA...tomato collagen telah pun di formulasikan untuk kemudahan anda. Anggap lah tomato collagen macam i-phone 4 untuk kesihatan *tiba2*..Ia merupakan supplement untuk diri anda...semuanya dalam 1 sachet!Rasa sedap..x payah nak amik sepit baju pastu sepit kat hidung masa nak minum.HAHAHHAHA

credit to:SOURCE

Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang teman lama. Berbual pelbagai-bagai perkara, dari isu semasa belajar hinggalah kehidupan terkini. Dulu dia bukanlah pelajar yang menonjol. Selalu duduk kat baris belakang. Kalau pensyarah tanya mula la dia menggelabah.

Tak banyak beza sikapnya dahulu dan sekarang. Mudah panik dan lurus bendul. Apa yang berbeza adalah dia semakin cantik dan kulit wajahnya putih dan lembut. Saya tanyakan juga padanya tentang rahsia dia menukar wajah (sebab dahulu kulitnya agak gelap dan kusam).

Dia tersenyum. Dengan yakin dia berkata dia hanya jaga pemakanan dan amalkan makan tomato setiap hari (walaupun dengan kadar yang sedikit – setengah atau 1/4 biji)

Balik rumah, saya pun tanamkan azam untuk jaga pemakanan dan amalkan makan tomato. Hehehehe… biasalah wanita, mudah terpengaruh. Tapi tak apa la kan, benda baik!

Saya cuba makan sebiji tomato…alamak meloya sikit. Mungkin tak biasa kot. Tapi saya cuba cari maklumat tantang kebaikan tomato. Ermmmm..

Kekalkan Kesegaran Tomato

Sebaik-baiknya sebelum menyimpan jangan basuh tomato itu dan pastikan ia kering. Simpan didalam bekas yang kering dan ditutup rapat. Pastikan juga tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari kerana tomato mudah layu dan kecut.
Kelebihan Buah Tomato.

TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

COMMENTS
40 Respons to “Saya dan Tomato”

1. ajet66 Says:
Julai 25,2007 at 9:22 pm
Patut la kulit muka aku licin. Rupanya pasai tabiat makan tomato mentah. Thanks Bayan for your info.

2. Bayan Says:
Julai 26,2007 at 9:50 am
hmmmm….tahniah kerana akhirnya encik ajett sedar kehenseman diri. Teruskan makan tomato. Kalau boleh tanam sendiri.

3. NikShikin Says:
Julai 26,2007 at 6:54 pm
Hehe.. Lucu ar abg Ajet. Bayan tanam je ke? Jangan lupa makan eh walaupun loya sikit. :D

4. Bayan Says:
Julai 27,2007 at 10:20 am
tapi tu la NIk, kita ni mudah terpengaruh bila sesuatu tu berkaitan dengan kecantikan. Bab kesihatan tolak ke tepi, bila dah sakit baru sibuk cari ubat.

5. this [able] Says:
Julai 27,2007 at 4:53 pm
kegemaran saya… paling kalau masak soup letak tomato banyak2… memang tak ingat dah orang kiri kanan

6. Bayan Says:
Julai 27,2007 at 5:03 pm
maknanya sup tomato laa…ermm, tomato bebanyak…bukan muka je, kulit satu badan jadi halus dan cantik…

7. fatihah_sue Says:
Julai 31,2007 at 11:48 am
hmm…dah try makan tapi, macam dalam keadaan terpaksa hehehe…kembang tekak. Tapi, petua tu memang betuuuuuullll. Kakak ipar saya pun dok praktik makan tomato sejak zaman anak dara sampai sekarang. Kulit dia memang cantik!

8. Bayan Says:
Julai 31,2007 at 11:58 am
sue…cuba dan cuba lagi..nak cantik dan sihat tak? tapi kalau tak suka tomato, banyak lagi buah atau sayur-sayuran lain yang boleh dimakan dan banyak manfaat.

9. Think tank Says:
Julai 31,2007 at 2:21 pm
bercakap fasal tomato, saya selalu makan tomato dalam keadaan terpaksa…terpaksa menghidu…terpaksa menelan…tak berapa nak terima la…loya.

10.Think tank Says:
Julai 31,2007 at 2:22 pm
tp durian best!!! sila la bagi durian pada saya!!

11.Bayan Says:
Julai 31,2007 at 3:51 pm
apa khasiat durian dari aspek kecantikan? tolong senaraikan ye cik bobex…

12.Think tank Says:
Julai 31,2007 at 4:56 pm
gendang gendut tali kecapi…kenyang perut sbb makan durian…senang ati loooo…hehehe…senang ati muka beseri..tak gitu puan bayan?

13.fatihah_sue Says:
Ogos 2,2007 at 2:28 pm
semalam saya dah beli tomato..yang comel-comel tu. mayonis pun ada. jadi, saya harap saya akan dap tomato-tomato tu hari ni dan hari-hari seterusnya. hehehe

14.Bayan Says:
Ogos 3,2007 at 8:00 am
syabas sue, tapi apa-apa perkara pun jangan terlebih-lebih atau terlalu obses. Bersederhana terutama bab makanan. Takut jadi mudarat.

15.anariz Says:
November 23,2007 at 11:29 pm
tomato sdp d buat jus letak susu siket..ilang tk khsiat nyer?tomato jenis apa yg paling elok?yg kecik2 tu ok tk?

16.insan_biasa Says:
November 29,2007 at 12:02 pm
Sekadar menambah, smua kenalan sy yg mengamalkan makan tomato mempunyai kulit yang cantik. Berlebihan dtgkan mudharat, antaranya penyakit gout. Saranan sy utk mengurangkan loya tekak bila mkn tomato bg yg tak biasa, pilihlah tomato yg merah menyala dan pejal isinya, bkn yg lembik. rasanya lebih rangup dan sedap. Mana2 jenis tomato pun blh diamalkan pemakanannya tp yang merah adalah lebih baik.

17.insan_biasa Says:
November 29,2007 at 12:16 pm
pengalaman sy mempunyai jerawat akibat alergi dgn byk jenis makanan. sy amalkan mengambil sebiji tomato sehari tanpa henti. selang 2 bln selepasnya, jerawat sy terus berhenti tnpa perlu sy berpantang makan. Syukur

18.Bayan Says:
November 30,2007 at 7:53 am
terima kasih insan_biasa kerana memberi maklumat tambahan dalam blog ini..

19.yana Says:
Julai 27,2008 at 4:11 pm
insan_biasa ??
betol boley jadi??
saye pun nk cuba juga lah,
saya 15 taun…dan pimple makin naik day by day..
mmg x terok sangat..tp saye x slesa dgn pimple2 nih..so akn cuber mkn tiap2 ari..
coz sll mkn ble d mase jea…

20.Bayan Says:
Julai 29,2008 at 10:03 am
yana…cuba jangan tak cuba

21.insan_biasa Says:
September 18,2008 at 9:51 am
Hai Yana,
dah cuba makan tomato? mcm mane, ada apa2 prubahan?

22.Bayan Says:
September 18,2008 at 8:33 pm
insan_biasa, senyap je yana. entah-entah dah dipinang anak raja. sbb mukanya dah licin berkilat. hahahhaha

23.ida Says:
Oktober 10,2008 at 9:55 pm
saya suka makan tomato..tapi kulit tak jugak licin2..hehe
saya pelajar uitm and nak kena bentang pasal jus tomato.. [[kau dah apehal??hahhaha]]
jua tomato ni, baik x untuk diet??

24.Bayan Says:
Oktober 11,2008 at 2:01 pm
IDA, mungkin tomato tak serasi dengan badan anda. Cuba cari bahan lain yang boleh melicinkan kulit wajah seperti parutan timun, aloe vera dan sebagainya.
Pada pendapa saya, jus tomat dan aneka jenis makanan yang semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan jika dimakan dengan sukatan yang betul pasti boleh menyumbang diet yang baik.Hal ini boleh dirujuk kepada mereka yang pakar.

25.insan_biasa Says:
Oktober 15,2008 at 11:57 am
Sy setuju dgn bayan, mungkin tomato xbegitu rasi dgn badan Ida atau mgkn jg Ida x konsisten. Keberkesanan makanan alami kebykannya bergantung pd pengambilan berterusan dan konsisten.pengambilan tomato perlulah setiap hari tnpa henti wlaupun hnya dlm kuantiti yg sedikit dan…kenalah byk2 sabar krn hasilnya xdtg dlm masa yg singkat…InsyaAllah..Ida akn dpt kulit spt kulit bayi nnt..Cuba Ida search dlm tajuk diet & health, nutrition n sbgnye. Sy pasti Ida akn dpt byk maklumat mengenai kebaikan tomato. Org barat sering menggunakan tomato n sayur2an lain dikisar bersama n diminum sbg sarapan.

26.Bayan Says:
Oktober 15,2008 at 12:55 pm
insan_biasa, anda banyak membantu saya dalam hal ini. Terima kasih.

27.insan_biasa Says:
Oktober 17,2008 at 3:13 pm
Sama2 bayan…sekadar berkongsi secubit ilmu yg ada, mudah2an diberkati..
Dlm sy surf internet, terjmp plak sy pd 1 site berkenaan diet n cara menurunkan berat badan dengan bijak. Penulis ada menyenaraikan 2 resipi jus kesihatan yg diamalkan Celine Dion. Pttla Celine begitu bertenaga atas stage. Apa kata kita cuba bayan, Ida

Ada tomato lagi…..

Recipe 1
HOME MADE V-8 Juice
8 carrots, cut into chunks
4 stalks celery, cut into chunks
6 tomatoes, cut into chunks
1 bunch fresh spinach
handful of parsley
1/2 a white onion
1 fresh, raw beet, cut into chunks
1 or 2 cloves fresh garlic

Run all ingredients through your juicer. Stir, chill, stir and serve.

Recipe 2
Homemade V8 Juice
15 lb ripe tomatoes; chopped
2 cups celery; chopped
3 large onions; chopped
3 cloves garlic; minced/mashed
1/4 cup Sugar; or to taste
2 tablespoon Salt
3/4 teaspoon Pepper
2 teaspoons prepared horseradish
1/3 cup lemon juice
Worcestershire to taste

28.AGM Says:
Januari 22,2009 at 9:31 pm
betol, tomato memang bguih. sy dulu kene kursus kat satu resort nie selama sebulan.tiap-tiap hari dok jamu ulam..terutamanya TOMATO.tiap-tiap hari la jugak mkn 1/4 tomato selama sebulan tue walaupun masam, ku telan jugak sb nak try.sebelum nie kulit muker sy bkn jenis licin (senang ckp, jerawat la), tpi biler dok dijamu tomato, aisey memang xtimbul jerawat da lagi.kulit pun licin…try la kalu xpcy.(bukan iklan tau, just nak kongsi benda elok)

29.Bayan Says:
Januari 23,2009 at 2:09 pm
AGM, terima kasih sudi kongsi pengalaman.

30.laila Says:
Oktober 20,2009 at 7:16 pm
betul ke leh licinkan kulit ni makan tomato banyak…cmne pulak kalo tepek tomato lumat kat muke…ade kesan x…

31.Azrii Says:
Oktober 24,2009 at 11:59 am
Hi… Nk komen ckit hehe. Bru start tabiat mkn tomato ni mingu lps, ok la… Tejaga la ckit, diri sndiri tk prasan tp org lain tegur ada perubahan…em… Rasa2 nk truskan la, 3 biji dlm sehari, walaupun x sdp, paksa jer… Tk gitu. Murah n natural, bandingkan dgn mkn collegen yg mahal ntah bkesan ke x.

32.eifamaldinikudo17 Says:
Disember 23,2009 at 11:51 pm
saya pn tgk duk amal mkn tomato..hasilnye mmg mmuaskan..kulit muka saya lg lembut..tp boleh bgtaw cmne nak gunekan aloe vera utk kuragkn jerawat dimuka?????

33.sritanjung Says:
Februari 4,2010 at 1:38 pm
saya nak kongsi sikit….. client datang jumpa saya… umur 50++, bangsa cina, lelaki tuh, tapi awet muda, x de uban, kulit licin giler, die sempat kongsi ngan saya, amalkan tomato pagi2 mentah 2 biji sebelum mkn sarapan…. menakjubkan….

34.zarina1786 Says:
Mac 24,2010 at 5:16 pm
Tak dinafikan…sebb baru baca kat majalah tentang tomato…saye pun amalkan. minum jus tomato…muka pun tak tunmbuh jerawat…dah dekat spuluh tahun hidup ngan jerawat kat muka…baru seminggu cam tu da ok sampai sekarang…so tak payah beli collegen ke…n ape2 ke…

35.fyza Says:
April 6,2010 at 1:02 pm
saya dah mula mkn tomato setiap hari sebijik..mmg nmpk hasilnya sbb jerawat saya xkuar pun..kulit pun rasa licin..tp saya de terbaca yg kalau nk nampk btl2 kesannya kena mkn 10 minggu berturut2, mmg akan nmpk..saya baru beberapa minggu mkn..mmg nk teruskan..sblm ni kulit saya xder mslh shingga saya termkn bwhite..jerawat kuar dgn byknyer..mcm2 saya cuba nk rawat kulit..last2 saya amalkan mkn tomato..mmg nmpk kesan! alhamdulillah..

36.mira Says:
April 6,2010 at 2:13 pm
tomato tu sudah lah cantik dan memang sedap untuk d makn hehehehehe,,,,,,,,makan tomato yang comel

37.farah Says:
April 16,2010 at 5:56 pm
salam..
hye sume..
sy brmint ttg tomato..
actually i’ve read dis fact about tomato..
tmbhan pula kulit sy smakin twok pimple + liang roma yg besar…
da mcm2 produk sy guna..tp still cm tue..
sy da amalkan mkn mini tomato 3 bji stiap ari with rice n everyday sy akan lumurkan tomato yg diptong separuh ke muke..
adakah btul cara sy nie???

38.misz Says:
Mei 7,2010 at 11:16 pm
salam sume…sy dh amalkan makan tomato about 3 weeks..so far..mmg nmpkla kulit sy de perubahan..kt bdn dah halus n licin..tp kt muke still de jerwat lg..tp dh kurang…myb sy kene bersabar n teruskan mkn tanpa henti lg 2 bulan…tp..sy de kekeliruan..betul ke kl mkn tomato byk2 dlm 4-5 biji bleh dtgkan pyakit gout?anyone can help to confirm about this fact?thankx a lot>>>

39.fifa Says:
Mei 25,2010 at 7:29 pm
salam…sy slalu amalkan minum jus tomato dlm 2 hingga 3 kali sehari. selama pengamalan sy, sy tidak nmpak apa2 berubah pada fizikal… tp sy tkejut bila sy mudah merasa renjatan elektrik. Sy menyedari pkara ini apabila sy masukkan jari dlm akuarium untk bersihkan akuarium. pada mulanya sy ingat ada wayar letrik yg bocor tp tidak ada bila diperiksa. Utk memastikan sy menyuruh kawan sy masukkan jari tp dia tidak rasa apa2. bila sy pegang tgn dia barulah dia dapt merasa aliran elektrik. Pd pdpt sy mgkn fungsi tomato melancarkan darah mmbuatkan sy dpt merasa aliran elektrik….

40.tomato girl Says:
Jun 15,2010 at 4:02 pm
saya suka jus tomato , tiap2 saya akan minum jus tak tahu pulak banyak kebaikannya apa yang saya tahu senang nak ke tandas

No comments: